Tentera Udara Itali
Tentera Udara Itali

Tentera Udara Itali

Tentera Udara Itali (Bahasa Itali: Aeronautica Militare; AM) ialah tentera udara bagi Republik Itali (Repubblica italiana). Tentera Udara telah ditubuhkan sebagai sebuah cabang tentera yang bebas pada 28 Mac 1923, oleh Raja Vittorio Emanuele III dengan nama Regia Aeronautica (yang bermaksud "Tentera Udara Diraja"). Dengan termansuhnya pemerintahan beraja di Itali dalam suatu pungutan suara dibuat selepas Perang Dunia Kedua menjadi sebuah republik tahun 1946, Regia Aeronautica telah ditukar nama kepada Aeronautica Militare. Semenjak itu ia memainkan peranan penting di dalam sejarah ketenteraan Itali moden.Ia mempunyai pasukan pertunjukkan aerobatik tersendiri yang dikenali sebagai Frecce Tricolori.